40 Minggu

Kurma sudah semestinya diketahui ramai bahawa ia merupakan superfood yang dapat membekalkan tenaga khususnya dalam bulan Ramadan. Menjadi viral dalam kalangan masyarakat bila tiba bulan puasa adalah dengan membuat susu kurma untuk membekalkan tenaga pada waktu siang khususnya untuk ibu-ibu yang menyusu badan. Jadi, untuk anda yang tak tahu cara untuk buat susu kurma sedap di rumah, jom ikut cara ini.

SUSU KURMA YANG BAGUS UNTUK IBU MENYUSU BADAN

Bahan-bahan

1. Kurma

2. Susu segar

3. Ais (jika mahukan sejuk)

Resipi semudah ABC

1. Rendam 5 ulas kurma yang telah dibasuh dan dibuang biji dengan air panas dalam masa 10 minit..

2. Blend susu dengan kurma yang telah direndam tadi..

3. Siap untuk diminum

VIDEO UNTUK PANDUAN ANDA

*Jom kita cuba buat untuk diminum semasa bersahur. Untuk ibu yang sedang breastfeeding pun boleh minum untuk memberikan tenaga dan pengeluaran susu badan yang banyak ya.

Sumber : Nad Nouyu

Pemakanan yang sihat dan seimbang semasa anda hamil atau menyusu adalah penting untuk membekalkan tenaga. Oleh itu, pengambilan jumlah kalsium yang cukup amatlah disarankan. Macam mana nak tambah kalsium semasa hamil atau ketika menyusu? Bukan sahaja dengan minum susu, dengan mengamalkan pengambilan tauhu pun boleh menambah kandungan kalsium supaya cukup dalam badan tau! Jangan risau, bukan makan tauhu kosong sahaja. Anda boleh cuba resipi tauhu berlauk ini dan jadikan amalan setiap hari!

www.abangbrian.co

Resipi Tambah Kalsium Yang Ibu Hamil Dan Menyusu Mesti Makan!

Kalau tengah mengandung dan menyusukan anak, wanita memang perlu meningkatkan pengambilan kalsium. Untuk pengetahuan semua ibu, wanita yang berusia 18 tahun ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari (sebelum, semasa dan selepas bersalin).

Kebanyakan ibu hamil kurang tahu berapa jumlah keperluan kalsium mereka. Perlu diingat, wanita hamil memerlukan sekurang-kurangnya 4 kali hidangan produk tenusu atau pengambilan makanan yang kaya dengan kalsium setiap hari! Pengambilan kalsium perlu diteruskan sehingga bayi dilahirkan, semasa tempoh penyusuan dan sehingga bayi berhenti menyusu. Mineral ini amat diperlukan oleh tubuh bagi membantu menguatkan tulang dan mencegah dari hakisan tulang (osteoporosis) pada masa akan datang.

Bagi mendapatkan sumber kalsium yang baik, ibu hamil boleh mencuba pengambilan susu dan lain-lain produk tenusu misalnya bijiran yang diperkaya dgn sumber kalsium, soya, yogurt, keju dan lain-lain. Antara makanan yang kaya dengan kalsium adalah tauhu.

Bahan-bahan

3 biji tauhu putih
2 biji tauhu telur
2 biji telur
2 sudu besar cincangan dada ayam
1 sudu besar cincangan daun bawang
1 sudu besar cincangan daun ketumbar
Garam dan lada sulah secukup rasa

www.facebook.com/mamadananakofficial

Cara penyediaan

1. Kisar semua bahan hingga lumat. Sesuaikan rasanya dengan menambah garam dan lada sulah secukup rasa.

www.facebook.com/mamadananakofficial

2. Tuang bancuhan ke dalam loyang yang disapu sedikit minyak (supaya tak melekat). Kalau guna loyang segiempat lagi bagus, senang hendak potong dan akan mendapat potongan yang rata.

www.facebook.com/mamadananakofficial

3. Kukus selama 15 minit atau sehingga nampak tauhu sudah pejal (tekan dengan jari. Kalau tak lembik, maknanya dah okey). Keluarkan daripada loyang dan sejukkan sebentar.

www.facebook.com/mamadananakofficial

4. Bila sudah sejuk, potong ikut citarasa. Kemudian celupkan dalam telur yang dibancuh dgn sedikit garam (tiada dalam gambar), sama seperti celup bergedil. Goreng dalam minyak yang panas hingga keperang-perangan. Toskan.

www.facebook.com/mamadananakofficial

5. Inilah hasilnya selepas digoreng. Hidangkan panas-panas. Cicahlah dengan apa-apa sos pilihan. Selamat menikmati!

www.facebook.com/mamadananakofficial

*Selamat mencuba!

Sumber : Naima Faudzi, MAMA Dan Anak