5 sunblock terbaik untuk kulit

Ramai yang tertanya-tanya kenapa kulit masih mengalami breakout dan sebagainya walau dah dijaga dengan baik. Ha! Cuba anda check semula rutin penjagaan wajah anda, mungkin ada yang anda terlepas pandang. Bukan mudah nak ada kulit yang flawless tau! Banyak yang anda perlu tahu especially rutin penjagaan wajah yang tepat, jenis bahan yang terkandung di dalam skincare dan bagaimana ia berfungsi.

Kebanyakan daripada kita hanya pentingkan penggunaan cleanser dan moisturizer kan? Itulah salah kita sebenarnya… Kita lupa tentang kepentingan penggunaan sunblock, sedangkan ianya membantu melindungi kulit daripada cahaya UVA dan UVB yang boleh mendatangkan iritasi pada kulit wajah terutamanya di negara beriklim tropika seperti negara kita.

**UVA/ UVB (Ultra violet A/ Ultra Violet B) sila rujuk sini>>>

Ikuti Langkah Ini & Elak Iritasi!

Okay! Sebelum kita bercerita dengan lebih mendalam tentang sunblock yang sesuai untuk kulit wajah anda, Apa kata anda lakukan 3 langkah mudah ini terlebih dahulu.

  • Pertama:
    • Sila pastikan anda tahu jenis kulit anda sama ada ianya tergolong dalam golongan kulit kering, berminyak atau kulit kombinasi.
  • kedua:
    • Jika anda mengalami alahan, kenal pasti jenis bahan dan produk yang mungkin menyebabkan alahan anda menjadi teruk.
  • Terakhir:
    • Pastikan skincare yang anda gunakan adalah selamat digunakan dan tidak mengandungi bahan kimia. Bukan apa, takut nanti bila guna sunblock jadi breakout yang teruk pada wajah sebab wujudnya reaksi kimia.

Kenali Wajah Anda! Kenali Kelemahannya!

Lepas anda dah buat semua step di atas, sekarang masanya admin nak kongsi tips macam mana anda boleh pilih sunblock yang sesuai dengan kulit wajah anda. Ini penting untuk pastikan penggunaan sunblock mengoptimakan lagi perlindungan sedia ada kulit wajah anda.

Ada tiga tips penting yang perlu anda tahu tentang penggunaan sunblock. Admin bahagikan untuk beberapa jenis kulit.

  • Kulit kering:
    • Bagi anda yang ada masalah kulit kering, pilihlah sunclock yang ada formula melembapkan kulit wajah. Ada beberapa bahan yang digunakan untuk melembapkan kulit wajah iaitu lanolin, ekstrak minyak buah-buahan atau bijian macam almond. Selain itu, anda boleh juga check sama ada produk tu ada kandungan dimethicone atau tidak. Dimethicone juga sangat baik untuk kulit.
      • Ada tiga jenis sunclock yang anda boleh gunakan iaitu dalam bentuk krim, minyak atau losyen.
      • Ambil perhatian! losyen likatannya lebih pekat berbanding krim. Jadi jangan salah pilih.
  • Kulit yang mempunyai alahan/ berjerawat/breakout:
    • Untuk part ni panjang lebar sikit admin kena jelaskan. Harap bersabar baca ye! Bagi anda yang ada masalah alahan pada kulit ni, elakkan je terus semua produk yang ada bahan penyebab masalah pada wajah anda. Jangan termakan pujuk rayu iklan. Tengok ja ada bahan yang tak okay terus ja reject!
    • Bagi yang kulit berjerawat pulak anda kena tahu lah yang bahan-bahan macam alkohol, paraben dan pewangi tak baik untuk kulit anda. Kalau boleh jangan beli produk macam ni. Makin teruk kulit anda nanti. Lagipun, kulit berjerawat kan sensitif dengan matahari sebab tu anda perlukan perlindungan sunblock untuk halang cahaya UVB sebab nanti boleh jadi iritasi.
      • Elakkan penggunaan produk dari jenis gel ye… Pilih sunblock yang tekstur light krim. Senang produk tu meresap pada kulit dan tak nampak berminyak.
  • Kulit yang mempunyai tona tak sekata/ kulit gelap:
    • Mesti ramai yang rasa, kalau kulit gelap sunblock dah tak penting. Sebenarnya bukan macam tu. Setiap kulit ada pigmentasinya yang tersendiri. Tapi itu tak bermakna mereka yang berkulit gelap dikecualikan daripada menggunakan sunblock. Jangan bimbang kalau anda risau pakai sunblock buat kulit anda nampak tak sekata, pilih la sunblock dari jenis light krim. Sapu sikit saja. Itu sudah memadai. Make sure sapu dengan rata tau!

Semua maklumat ini sahih, admin dah buat kajian! Kalau tak yakin anda klik dekat link ni >>> Skincare.org

Nak Hasil Mengujakan? Pilih Produk Bersesuaian!

Ini cuma cadangan. Anda boleh cuba beberapa sunblock yang di senaraikan ni tapi sila pastikan anda dah baca semua label kandungan bahan dalam produk-produk ini terlebih dahulu dan kenal pasti jenis kulit anda.

Shiseido ANESSA

SPF 50++

Harga Hermo: RM 65.90

Untuk pengetahuan anda, admin recommend produk ni sebab ANESSA ni melembapkan kulit wajah. Mesti anda pernah rasa pedih-pedih pada wajah bila sunburn kan? Ha! Dengan produk ni takde lah masalah iritasi tersebut. Biasalah produk perlindungan daripada cahaya matahari no 1 di Jepun selama 17 tahun. Memang power la kesannya!

Etude House Sunprise Must Daily 

SPF 50++

Harga Hermo: RM 32.00

Bukan sahaja mampu melindungi kulit wajah daripada sinaran cahaya UVA dan UVB, ternyata Etude House Sunprise Must Daily mampu memelihara kelembapan kulit wajah anda. Didatangkan dalam packaging yang cukup menarik dan comel... Harganya yang mampu milik dan keberkesanan produk ini pasti buat anda tak keruan.

Yadah Oh My Sun screen

SPF 35++

Harga Hermo: RM 31.50

Produk Yadah ni, teksturnya light krim jadi sesuai untuk semua jenis kulit. Tapi still bagi mereka yang ada masalah alahan dengan bahan-bahan tertentu, kena baca label kandungan tau! Produk ni admin pilih kerana ianya lembut pada kulit dan paling best sebab ianya berkesan untuk halang wajah daripada sunburn kalau pergi pantai atau buat aktiviti lasak.

Sunplay Skin Aqua UV Watery Gel

SPF 50++

Harga Hermo: RM 34.00

Sunplay, bukan jenama asing lagi ye bila anda sebut tentang sunblock. Sunplay ada banyak range sunblock tapi admin pilih ni khusus bagi mereka yang ada kulit kering. Produk nie teksturnya sangat ringan dan cepat meresap pada kulit. Melembapkan tapi dalam masa yg sama kulit tak nampak berminyak sebaliknya, glowing! Thumbs up untuk produk ni!

Shills Whitening Light Sun-screen Spray 

SPF 50++

Harga Hermo: RM 46.75

Produk yang terakhir ni sesuai bagi mereka yang nak pergi buat aktiviti lasak macam masuk hutan, panjat gunung, redah sungai dan macam-macam lagi la. Sesuai untuk semua jenis kulit dan paling best ianya hygiene. 

Kenapa admin kata mcm tu? Tangan kita ni kadang-kadang ada kuman walau dah basuh bersih tau! Disebabkan produk ini hanya perlu di spray pada wajah jadi dapatlah anda hindarkan kuman yang tak sepatutnya melekat pada wajah tu.

Harapnya tips ini dapat bantu anda semua buat pilihan produk yang betul. Admin cadangkan beli di HERMO sebab mereka ada promosi dan harganya jauh lebih murah. Tapi yang penting anda jangan beli membuta tuli. Buat kajian dan baca terlebih dahulu review produk ye. Selamat mencuba semua.

HERMO

Facebook HERMO